Pada 28 September 2026, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menerima satu lawatan pemantauan projek daripada Bahagian Penyelenggaraan Perumahan (BPP), Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memantau pelaksanaan Projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) Tahun 2026 dibawah selian MBKT.
Lawatan pemantauan ini diketuai oleh Puan Zetty Zabrina binti Azrullah, Pengarah Bahagian Penyelenggaraan Perumahan, JPN, KPKT bersama enam (6) orang pegawai BPP ,JPN, KPKT. Lawatan ini juga turut dihadiri wakil daripada Bahagian Teknikal MBKT dan Unit COB, MBKT serta wakil daripada pihak pengurusan skim strata yang terlibat.
Sebanyak dua (2) Projek TPPM telah dipilih iaitu Projek Penggantian dua (2) unit lif di Blok Anggerik, Taman Sri Kolam dan Projek Menaiktaraf Bumbung di Blok C dan D, Rumah Pangsa Padang Hiliran (Pangsapuri Sri Hiliran). Lawatan ini bertujuan untuk menilai dan meneliti pelaksanaan projek serta kerja-kerja menaiktaraf yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor.
Pihak MBKT sentiasa komited dalam menyokong usaha pihak KPKT untuk membantu skim perumahan bangunan berstrata kos rendah dan sederhana kos rendah menyelenggara serta menaiktaraf perumahan mereka demi kesejahteraan komuniti kediaman di Bandaraya Kuala Terengganu.

[ GALERI FOTO ]

