MENU
 

Bahagian Penyelenggaraan Perumahan (BPP), Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar merangkap Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 29 September 2026 bertempat di Bilik Kunjungan Hormat, aras 28, Menara MBKT.

Sesi kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Puan Zetty Zabrina binti Azrullah, Pengarah Bahagian Penyelenggaraan Perumahan (BPP), JPN, KPKT. Dalam sesi tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Bandar atas kesudian menerima kunjungan serta menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pemantauan Projek Program Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) Tahun 2026 Bersama Agensi Pelaksanaan Bilangan 3 Tahun 2026.

Beliau turut mewakili BPP JPN, KPKT merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atas kejayaan menyiapkan projek-projek di bawah Program TPPM Tahun 2026 dalam tahun semasa. Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kerjasama berterusan semua pihak dalam memastikan pelaksanaan projek penyelenggaraan perumahan dapat dilaksanakan dengan baik serta memberi manfaat kepada komuniti setempat. Turut hadir adalah empat (4) pegawai dari BPP, JPN, KPKT bersama Setiausaha merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBKT, Pengarah Bahagian Kontrak, Ukur Bahan dan Teknologi Maklumat dan pegawai-pegawai dari Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Mesyuarat Pemantauan Projek Program Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) Tahun 2026 Bersama Agensi Pelaksanaan Bilangan 3 Tahun 2026 juga telah berjaya diadakan di Menara MBKT pada 29 September 2026 secara bersemuka dan juga atas talian. Seramai 21 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Selatan telah hadir secara bersemuka bagi membincangkan isu dan kemajuan pelaksanaan projek TPPM Tahun 2026.

SESI KUNJUNG HORMAT OLEH PEGAWAI JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN), KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) & MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK PROGRAM TABUNG PENYELENGGARAAN PERUMAHAN MALAYSIA (TPPM) TAHUN 2026 BERSAMA AGENSI PELAKSANA BIL 3 TAHUN 2026

[ GALERI FOTO ]