6 Ogos 2026 | Bilik Mesyuarat Tingkat 29, Menara MBKT
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengadakan Sesi Libat Urus Datuk Bandar bersama Arkitek-Arkitek di Terengganu yang melibatkan penyertaan seramai 23 orang arkitek serta wakil daripada 7 jabatan dalaman MBKT.
Sesi ini diadakan sebagai platform untuk mengukuhkan kerjasama antara MBKT dan komuniti profesional arkitek serta membincangkan perkara-perkara berkaitan kawalan pembangunan, proses kelulusan pelan bangunan, pematuhan kepada peraturan dan usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan MBKT.
Pelbagai pandangan, cadangan dan maklum balas telah dikongsi sepanjang sesi berlangsung bagi meningkatkan keberkesanan penyelarasan antara MBKT dan pihak arkitek, sekali gus memperkemaskan proses pembangunan demi kepentingan masyarakat.
MBKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua 23 orang arkitek serta wakil daripada 7 jabatan dalaman MBKT yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi ini. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan ke arah pembangunan Bandar Raya Kuala Terengganu yang lebih terancang, berkualiti dan mampan.

[ GALERI FOTO ]

