Suasana latihan kontinjen perbarisan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Menara MBKT hari ini turut mendapat perhatian Datuk Bandar Kuala Terengganu, Tuan Haji Lizan bin Che Mat yang hadir bagi melihat sendiri persiapan anggota kontinjen menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
Kehadiran Datuk Bandar bukan sekadar meninjau persiapan, malah menjadi suntikan semangat kepada seluruh anggota yang sedang menjalani latihan. Beliau turut beramah mesra serta memberikan dorongan agar setiap anggota terus mengekalkan disiplin, kekemasan dan semangat berpasukan.
Datuk Bandar turut mengingatkan kontinjen bahawa setiap langkah dan gerakan yang dipersembahkan membawa nama MBKT, justeru latihan perlu dilakukan dengan penuh kesungguhan, semangat dan rasa bangga.
Beliau berharap seluruh kontinjen dapat memberikan persembahan terbaik pada hari perbarisan nanti serta menjadikan penyertaan ini sebagai lambang semangat patriotisme, kekitaan dan kecintaan kepada negara.

[ GALERI FOTO ]

