MENU
 

KUALA TERENGGANU, 13 OKTOBER 2026 (SELASA) – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah dijemput bagi menyertai lawatan kerja ke tapak Projek Promenade Kuala Terengganu City Centre bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek promenade fasa 1 serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan projek tersebut termasuklah cadangan baharu bagi projek promenade fasa 2.

Lawatan ini diketuai oleh East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) bersama pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan Malaysia. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang diketuai oleh Tuan Setiausaha MBKT, Encik Mohd Sabri bin Abas, dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) turut dijemput sama untuk menyertai lawatan kerja ini.

Lawatan kerja ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara agensi yang terlibat, di samping meneliti perkembangan projek bagi memastikan pelaksanaannya dapat menyokong usaha memperindah landskap bandar, meningkatkan daya tarikan pusat bandar Kuala Terengganu serta merancakkan aktiviti ekonomi dan pelancongan setempat.

MBKT komited untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam merealisasikan pembangunan bandar yang mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi demi kesejahteraan penduduk serta kemakmuran bandar raya Kuala Terengganu.

LAWATAN KERJA KE PROJEK PROMENADE KUALA TERENGGANU CITY CENTRE

[ GALERI FOTO ]