MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian Program Peningkatan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri 2026 yang menghimpunkan pegawai-pegawai tadbir negeri dari Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Mohd Nor bin Hamzah, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dengan kehadiran Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz serta barisan dif-dif kehormat dan pegawai kanan kerajaan yang turut bersama-sama menjayakan program ini.

Turut hadir ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Tuan Haji Lizan bin Che Mat, dan Setiausaha MBKT, Encik Mohd Sabri bin Abas, sebagai tanda sokongan MBKT terhadap usaha pembangunan kerjaya, peningkatan kompetensi serta pengukuhan profesionalisme dalam kalangan pegawai tadbir negeri.

Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kepimpinan, perkongsian ilmu dan pengalaman serta meningkatkan keupayaan pegawai tadbir dalam mendepani cabaran pentadbiran awam yang semakin dinamik.

MBKT amat berbesar hati atas pemilihan Menara MBKT sebagai lokasi penganjuran majlis ini dan berharap program seumpama ini dapat terus memperkukuh kerjasama antara negeri demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR NEGERI 2026

[ GALERI FOTO ]