SHAH ALAM, 29 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sekali lagi membuktikan kecemerlangan dan komitmen dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan apabila berjaya meraih DUA ANUGERAH EMAS di Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026.
Persidangan berprestij anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini telah berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober 2026 bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC), Selangor.
Lebih membanggakan, kedua-dua projek inovasi yang diketengahkan oleh MBKT berjaya meraih pengiktirafan Anugerah Emas, iaitu:
ANUGERAH EMAS 1
Meningkatkan Keberkesanan Pengawalseliaan Kelayakan Menduduki Bangunan
Inisiatif penambahbaikan yang memberi penekanan terhadap keberkesanan pengawalseliaan bagi memastikan proses berkaitan kelayakan menduduki bangunan dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.
ANUGERAH EMAS 2
Mempercepat Proses Kelulusan Pelan Bangunan Kediaman Berskala Kecil dari 5 Hari kepada 1 Jam
Inisiatif transformasi proses kerja yang memperlihatkan usaha MBKT dalam mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepat urusan kelulusan pelan bangunan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Kejayaan meraih dua Anugerah Emas ini merupakan satu pencapaian membanggakan buat MBKT, sekali gus membuktikan bahawa usaha reformasi birokrasi dan inovasi perkhidmatan di peringkat pihak berkuasa tempatan mampu menghasilkan impak yang signifikan.
Pengiktirafan ini turut menjadi pemangkin kepada MBKT untuk terus memperkukuh budaya inovasi, mempercepat proses kerja dan meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan warga bandar raya Kuala Terengganu.
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan MBKT yang terlibat atas kejayaan cemerlang ini!
DUA PROJEK. DUA ANUGERAH EMAS. SATU KEBANGGAAN MBKT!
MBKT terus melangkah ke hadapan, menerajui transformasi perkhidmatan yang lebih cekap

[ GALERI FOTO ]

