Program Terengganu Bersih Sempena Hari Cuci Malaysia Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman telah berlansung bertempat di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. Turut hadir YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan juga pegawai-pegawai MBKT.
Program yang disertai kira-kira 1,000 orang peserta ini melibatkan penyertaan warga MBKT, jabatan dan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pengajian tinggi, komuniti setempat serta pelbagai pihak yang bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan.
Selain aktiviti gotong-royong, program turut diserikan dengan inisiatif kitar semula e-waste dan pengumpulan minyak masak terpakai sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa secara bertanggungjawab.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri dan MBKT dalam membudayakan amalan kebersihan serta memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan, agensi, komuniti dan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, indah, selesa dan sejahtera.
“Kebersihan Tanggungjawab Bersama.”

[ GALERI FOTO ]

