Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Tahun 2026 bertempat di Dewan Banquet, Menara MBKT.
Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh Encik Wan Marahakim bin Wan Salleh, Pengarah Unit Undang-Undang, MBKT. Seminar ini dikendalikan oleh Tuan Palaniappan A/L S. Murugan, Pegawai Undang-Undang, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ejen pengurusan, pemaju serta perunding.
Penganjuran seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para peserta berkaitan pengurusan serta penyenggaran sesebuah bangunan berstrata.

[ GALERI FOTO ]

