Tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atas penerimaan Apresiasi Bandar Bahagia serta kejayaan projek FABAS yang meraih Silver Innovation Award dalam kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Terengganu) sempena Terengganu Smart City Activation Day 2026.
Kejayaan ini turut melayakkan MBKT membawa pulang hadiah bernilai RM25,000.00 sebagai pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan.
Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu kepada YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar MBKT.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan MBKT dalam memperkukuh inovasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan warga bandar raya Kuala Terengganu.

[ GALERI FOTO ]

